BENTONG: Kesesakan sepanjang kira-kira enam kilometer berlaku lebih 10 jam apabila sebuah treler muatan baja terundur dan terbabas ke dalam longkang di Kilometer 40.9 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian itu berlaku jam 3 pagi dengan kemuncak kesesakan direkodkan pada jam 11.30 pagi.
Katanya, treler tersebut dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun dalam perjalanan dari Subang, Selangor menghala ke Kuala Terengganu untuk menghantar baja.
"Setibanya di tempat kejadian, treler berkenaan mengalami masalah brek dan pemandunya cuba memberhentikan kenderaan.
"Cubaan pemandu gagal dan treler berkenaan terus terundur ke belakang menyebabkan jentera berat ini terbabas ke tepi jalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zaiham, bahagian kepala treler mengalami kerosakan dan tidak dapat dialihkan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira enam kilometer.
"Kemuncak kesesakan berlaku kira-kira 11.30 pagi kerana treler tersebut masih belum dialihkan namun pemilik treler telah dipanggil untuk tindakan lanjut.
"Pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59," katanya.
Amirah Nordin
Sun Mar 12 2023
Kejadian itu berlaku jam 3 pagi dengan kemuncak kesesakan direkodkan pada jam 11.30 pagi. - Gambar/ PDRM
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Polis jejaki pemandu Toyota Alphard pandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak
Satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
Hilang kawalan, treler rempuh 8 kenderaan di Lebuhraya Karak
Akibat hilang kawalan sebuah treler merempuh lapan buah kenderaan dalam satu kemalangan di Kilometer 40, Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
Dua maut, treler terbalik di Lebuhraya KL - Karak, Bentong
Dalam kejadian jam 9.10 malam, pemandu dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
Belas ihsan masih wujud! Individu berbeza latar bangsa sama-sama selamatkan anjing
Rakaman itu menerima reaksi positif daripada warganet apabila rata-rata mereka tersentuh hati melihat kasih-sayang yang ditunjukkan oleh mereka.
Tumpahan minyak di Lebuhraya Karak
Kerja-kerja pembersihan minyak dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan diserahkan kepada pihak LDP.
6 cedera dalam kemalangan dua bas ekspres
Difahamkan, salah sebuah bas hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah bas lain.
Trafik LPT lancar, balik Pantai Timur sebelum 3 Jun - Polis
Trafik dilihat masih lancar walaupun jumlah kenderaan yang melalui Tol Gombak menghala ke Pantai Timur semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Seorang maut, 42 cedera dalam kemalangan KM33.3 Lebuhraya Karak
Seorang maut, tiga cedera termasuk dua tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres terbalik di Kilometer 33.3, Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur.
Pembalakan bukan punca banjir lumpur - Jabatan Perhutanan Pahang
Jabatan Perhutanan Pahang menafikan kegiatan pembalakan di pinggir hutan simpan Lentang sebagai punca berlaku banjir lumpur di Lebuhraya KL-Karak.